Selangor kekal mendahului kes

PUTRAJAYA 18 Feb. – Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,013 kes (37.4 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 795 kes (78.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 426 kes (15.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 212 kes (7.8 peratus).

  • Selangor: 1,013 kes 
    • 497 kes daripada kluster-kluster; termasuk 85 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Kemuning, Kluster Jalan Jitu, Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Mayang, dan Kluster Jalan Industri Kidamai;
    • 298 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 218 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 426 kes  
    • 174 kes daripada kluster-kluster, termasuk 134 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perindustrian Fasa Dua, Kluster Jalan Sri Putri, Kluster Jalan Perindustrian Estate, Kluster Jalan DPB Tiga, dan Kluster Jalan Tebrau Dua;
    • 110 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 140 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 212 kes  
    • 49 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mediacity;
    • 73 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 89 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 200 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 135 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment