17 kluster baharu, 506 aktif

PUTRAJAYA 18 Feb. – Sebanyak 17 kluster baharu dilaporkan hari ini yang membawa kepada 1,045 kluster setakat ini.

Daripada jumlah itu,  539 kluster tamat termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Silimpopon, Kluster Tapak Bina Dutamas, Kluster Gunung Raya, Kluster Taman Juta, Kluster Kampung Tengah, Kluster Alor Durian, Kluster Lintas Seraya, Kluster Jalan Kelapa, Kluster Tampoi Tujuh, dan Kluster J Bandar.

Kluster aktif pula 506 kluster di mana 94 kluster menambah kes baharu termasuk Kluster Kebun Baru (188 kes), Kluster Jalan Changkat Jong (158 kes), dan Kluster Selambau (155 kes).

Berikut 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN BUKIT KEMUNING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah syarikat perkhidmatan di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam. Sehingga 18 Februari, sejumlah 147 individu disaring, di mana 55 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN INDUSTRI KIDAMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Industri Kidamai, Kajang. Sehingga 18 Februari, sejumlah 510 individu disaring, di mana 22 kes  dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN JITU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja dua buah kilang yang tinggal di asrama pekerja yang sama di Jalan Jitu, off Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam. Sehingga 18 Februari, sejumlah 516 individu disaring, di mana 39 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN HULU TINGGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Hulu Tinggi, Kawasan Perindustrian HICOM, Shah Alam. Sehingga 18 Februari , sejumlah 800 individu disaring, di mana 61 kes dikesan positif.

  • KLUSTER MAYANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Taman Mayang, Petaling Jaya. Sehingga 18 Februari, sejumlah 52 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN ESTATE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Senai Industrial Estate, Kulai. Sehingga 18 Februari, sejumlah 239 individu disaring, di mana 53 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DPB TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-273546) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah syarikat perkhidmatan di Jalan DPB 3, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru. Sehingga 18 Februari, sejumlah 97 individu disaring, di mana 41 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERINDUSTRIAN FASA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Fasa 2, Senai. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 146 individu disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SRI PUTRI

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265707) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Sri Putri, Taman Putri, Kulai. Sehingga 18 Februari, sejumlah 30 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TEBRAU DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261065) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Februari 2021. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tebrau, Bukit Senyum, Johor Bahru. Sehingga 18 Februari, sejumlah 96 individu disaring, di mana 12 kes p dikesan positif.

  • KLUSTER MEDIACITY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-217129) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Mediacity, Lembah Pantai. Sehingga 18 Februari , sejumlah 258 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN CHANGKAT JONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hilir Perak dan Perak Tengah di Perak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat yang terletak di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Hilir Perak. Sehingga 18 Februari, sejumlah 471 individu disaring, di mana 166 kes p dikesan positif.

  • KLUSTER LOT SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265265) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Lot 1, Pekan Donggongon, Penampang. Sehingga 18 Februari, sejumlah 11 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER LOT TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-270627) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah restoran di Lot 7, Majukota Commercial Centre, Penampang. Sehingga 18 Februari , sejumlah 30 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER LINTANG KAMPUNG JAWA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan, Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes-kes awal dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lintang Kampung Jawa,  Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 18 Februari, sejumlah 208 individu disaring, di mana 86 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TELOK IRA

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-269131) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian di Jalan Telok Ira, Temerloh . Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 263 individu disaring, di mana 47 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG JAWEK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264222) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Jawek, Jerteh, Besut. Sehingga 18 Februari 2021, sejumlah 146 individu disaring, di mana sembilan kes telah dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment