327 kes baharu, 5 kematian di Saudi

RIYADH 18 Feb. – Arab Saudi merekodkan 327 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 374,029.

Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,450 kematian.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 371 kes pulih yang menyumbang kepada pertambahan jumlah pesakit sembuh sebanyak 365,017.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 165 kes diikuti daerah timur Saudi 51 dan Makkah 48.

Kes aktif pula adalah sebanyak 2,562 di mana 493 kritikal.

Related posts

Leave a Comment