BERITA baik! Itu kata Menteri Pendidikan Singapura, Lawrence Wong mengenai ketibaan vaksin Covid-19 Moderna ke Singapura tengah hari ini.
Vaksin itu diterbangkan dengan pesawat kargo SQ7137 milik Singapore Airlines (SIA),
Boeing 747-400 dari dari Brussels, Belgium.
Sebelum ini syarikat penerbangan sama turut mengangkut kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 ke negara ini pada 21 Disember 2020.
SIA mendapat hak menghantar vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 ke Singapura, Australia dan New Zealand, serta vaksin Sinovac Covid-19 ke Indonesia, sejak dua bulan lalu.
Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) pada 3 Februari memberi kelulusan sementara kepada Moderna sebagai vaksin Covid-19 kedua yang digunakan di negara itu.
Kebenaran sementara tersebut adalah di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR), bertujuan mempercepatkan proses mendapatkan vaksin, ubat-ubatan, dan peralatan perubatan kritikal semasa pandemik.
Kumpulan vaksinasi yang diserahkan Moderna memerlukan dua dos suntikan dalam tempoh 28 hari.
Vaksin itu menunjukkan 94 peratus keberkesanan.
Setakat ini, kira-kira 250,000 orang telah menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Singapura.
