Kes harian Saudi naik sedikit

RIYADH 17 Feb. – Arab Saudi merekodkan 334 kes baharu Covid-19, peningkatan kes berbanding 322 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 373,702. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam yang lepas juga, Arab Saudi juga merekodkan empat kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit meninggal dunia sebanyak 6,445. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 349 lagi pesakit didapati sembuh sekaligus menambah jumlah kes pulih kepada 364,646. Sementara itu Riyadh melaporkan kes tertinggi dengan 169 kes diikuti daerah Timur 62 dan Makkah 42 manakala kes aktif pula 2,611 dengan 480 kritikal.

Read More

Kes sembuh Indonesia 1,047,676

JAKARTA 17 Feb. – Kes pesakit Covid-19 yang dilaporkan sembuh di Indonesia kini melebihi satu juta apabila 8,002 lagi orang pulih yang menjadikan jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 1,047,676 atau 84.2 peratus. Lima wilayah yang menunjukkan peningkatan kes sembuh adalah Jawa Barat sebanyak 2,703 orang diikuti Jakarta 2,099, Jawa Timur 597, Kalimantan Timur 414  dan Yogyakarta 244 orang. Bagaimanapun jumlah pesakit positif Covid-19 kini mencecah 1,243,646 selepas 9,687 lagi kes baharu dilaporkan manakala kes aktif juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1,493 yang membawa kepada jumlah 162,182 kes. Bagi kes positif harian, …

Read More

Singapura catat 11 kes baharu

SINGAPURA 17 Feb. – Satu kes jangkitan tempatan dicatatkan dalam kalangan 11 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura hari inj. Wanita rakyat Singapura berusia 59 tahun itu, bekerja di Aibel, iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan dalam industri minyak. Wanita  itu bekerja dari rumah sejak Mac tahun lalu  (MOH). Beliau mengalami rasa gatal tekak pada 4 Februari dan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik GP. Dia diberi cuti sakit selama lima hari dan diminta kembali bagi rawatan susulan dan ujian Covid-19 jika tidak pulih selepas tiga hari. Beliau memberitahu…

Read More

175 kes , 82 kematian di Thailand

BANGKOK 17 Feb. – Thailand merekodkan 175 kes baharu Covid-19 dengan sifar kematian, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 24,961 kes dengan  82 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada 175 kes baru itu, 168 adalah penularan tempatan yang merangkumi 114 dikesan melalui pengesanan kes aktif dan 54 kes dirawat di hospital dan tujuh kes diimport. Dalam tempoh 24 jam lepas, sebanyak 71 kes baharu dikesan melalui kluster baharu di Pathum Thani, yang mempunyai kaitan dengan tiga pasar segar di wilayah ini. Samut Sakhon merekodkan 73 kes baharu di mana 34 disahkan di hospital…

Read More

Singapura terima vaksin Moderna

BERITA baik! Itu kata Menteri Pendidikan Singapura, Lawrence Wong mengenai ketibaan vaksin Covid-19 Moderna ke Singapura tengah hari ini. Vaksin itu diterbangkan dengan pesawat kargo SQ7137 milik Singapore Airlines (SIA), Boeing 747-400 dari dari Brussels, Belgium. Sebelum ini syarikat penerbangan sama turut mengangkut kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 ke negara ini pada 21 Disember 2020. SIA mendapat hak menghantar vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 ke Singapura, Australia dan New Zealand, serta vaksin Sinovac Covid-19 ke Indonesia, sejak dua bulan lalu.  Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) pada 3 Februari memberi kelulusan sementara kepada Moderna sebagai vaksin…

Read More

1,184 kes harian di Filipina

MANILA 17 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,184 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 553,424. Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 53 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 11,577 kematian. DoH juga merekodkan 271 lagi pesakit sembuh yang meningkatkan jumlah pulih sebanyak 512,033 atau 92.5 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula  29,814 kes.

Read More

Jepun lantik Menteri Kesunyian

TOKYO: Perdana Menteri, Yoshihide Suga melantik Tetsushi Sakamoto, sebagai Menteri Kesunyian bagi menangani kes bunuh diri di negara itu. Tekanan dan pengasingan diri berpunca daripada situasi pandemik telah mengakibatkan peningkatan kes bunuh diri di Jepun dalam tempoh 11 tahun. Sakamoto akan menyelaras usaha di beberapa kementerian dan agensi bagi mencari penyelesaian masalah itu.

Read More

13 kluster baharu, 499 aktif

PUTRAJAYA 17 Feb. – Sebanyak 13 kluster baharu direkodkan hari ini iaitu melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster kumpulan berisiko tinggi, dan satu kluster komuniti. Ini menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan setakat ini 1,028 di mana, 529 kluster telah tamat termasuk 13 kluster hari ini manakala kluster aktif pula 499. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Damai Ketari, Kluster Senai Cyber, Kluster Taman Sayong Pinang, Kluster Belukar, Kluster Sungai Burong, Kluster Tampoi Lima, Kluster Jalan Taruka, Kluster Jalan Rami, Kluster Udarama, Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah, Kluster…

Read More

Selangor terus kekal 4 angka

SELANGOR masih merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,382 kes (46.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,092 kes (79.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 436 kes (14.5 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 233 kes (7.8 peratus). Selangor: 1,382 kes  709 kes daripada kluster-kluster; termasuk 82 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Emas, Kluster Tapak Bina Seksyen Satu, Kluster Jalan DC, dan Kluster Jalan Subang; 383 kes daripada saringan kontak rapat kes positif…

Read More

22 kematian 2,998 kes baharu

PUTRAJAYA 17 Feb. – Sebanyak 2,998 kes baharu Covid-19 dan 22 kematian direkodkan  hari ini menjadikan jumlah kumulatif 229,762 kes dengan 1,005 kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,709 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 229,762, manakala kes aktif 41,396. Daripada jumlah kes baharu, 2,991 kes adalah penularan tempatan melibatkan 1,578 warganegara dan 1,413 bukan warganegara manakala tujuh adalah kes import melibatkan tiga warganegara dan empat bukan warganegara. Dalam satu kenyataan, beliau berkata sebanyak 231 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 memerlukan bantuan pernafasan. Sebanyak 103 kes (3.4 peratus)…

Read More