Peperiksaan SPM mulai 26 Okt hingga 1 Dis

PUTRAJAYA 18 Ogos – Kementerian Pendidikan mengumumkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan bermula pada 26 Oktober hingga 1 Disember ini.

Menurut satu kenyataan, bermula 26 Oktober hingga 29 Oktober, calon akan menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu, diikuti 2 hingga 5 November untuk ujian bertutur Bahasa Inggeris.

Pada 16 hingga 18 November, calon akan menjalani ujian Amali Sains, 23 November hingga 17 Disember peperiksaan bertulis, ujian mendengar Bahasa Melayu pada 30 November ini dan ujian mendengar Bahasa Inggeris pada 1 Disember.

Dalam pada itu, kementerian berkata, secara keseluruhan, seramai 420,879 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2026 di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat.

“KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment