1,184 kes harian di Filipina

MANILA 17 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,184 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 553,424.

Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 53 pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 11,577 kematian.

DoH juga merekodkan 271 lagi pesakit sembuh yang meningkatkan jumlah pulih sebanyak 512,033 atau 92.5 peratus daripada keseluruhan kes.

Kes aktif pula  29,814 kes.

Related posts

Leave a Comment