Saudi rekod 381 kes baharu

RIYADH 2 Nov. – Arab Saudi merekodkan 381 kes baharu koronavirus Covid-19, meningkat tujuh kes berbanding 374 yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 348,037 dengan kes aktif 7,928 di mana 755 kritikal.

Sebanyak 17 kematian baharu juga dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah pesakit meninggal dunia setakat ini 5,437 orang.

Kementerian juga merekodkan 436 lagi pesakit sembuh dan ini membawa kepada 334,672 orang atau 96.16 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu Madinah merekodkan kes tertinggi dengan 72 kes berbanding 85 semalam, Makkah 49, Riyadh 37, Yanbu 22 dan Jeddah 18.

Related posts

Leave a Comment