DUBAI – Kementerian Pertahanan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mendakwa Iran melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah laluan perkapalan di Teluk, dengan peluru berpandu pertama jatuh di luar perairan wilayah negara, manakala yang kedua jatuh dalam perairan wilayah.
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, menolak dakwaan UAE bahawa Iran melancarkan peluru berpandu ke arah negara itu, sambil menyifatkannya sebagai tindakan yang menjejaskan kepercayaan serantau dan usaha keselamatan.
Iran bagaimanapun memberi amaran Selat Hormuz – yang perlu dilalui kapal dari pelabuhan UAE untuk keluar dari Teluk – akan kekal ditutup sehingga ia mencapai perjanjian damai dengan Amerika Syarikat (AS).
UAE, yang memetik peningkatan ketegangan di rantau itu, turut menggantung semua urusan perdagangan dan kewangan dengan Iran sehingga diberitahu kelak, pada lewat malam Selasa.
Kenyataan pertama UAE itu dikeluarkan hampir dua jam selepas amaran ringkas menerusi telefon memberi amaran kepada penduduk mengenai potensi ancaman peluru berpandu.
Amaran yang meminta penduduk segera ke tempat selamat di bangunan terlindung yang terdekat bagaimanapun ditarik balik tidak lama kemudian.
Nnn
