175 kes , 82 kematian di Thailand

BANGKOK 17 Feb. – Thailand merekodkan 175 kes baharu Covid-19 dengan sifar kematian, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan 24,961 kes dengan  82 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada 175 kes baru itu, 168 adalah penularan tempatan yang merangkumi 114 dikesan melalui pengesanan kes aktif dan 54 kes dirawat di hospital dan tujuh kes diimport.

Dalam tempoh 24 jam lepas, sebanyak 71 kes baharu dikesan melalui kluster baharu di Pathum Thani, yang mempunyai kaitan dengan tiga pasar segar di wilayah ini.

Samut Sakhon merekodkan 73 kes baharu di mana 34 disahkan di hospital (22 Warga Thai dan 12 Myanmar) dan 39 kes di kilang (27 Myanmar dan 12 Thai)

Bangkok merekodkanlima kes, empat dikesan di hospital dan satu dalam komuniti.

Tujuh kes import yang dikuarantin sejurus tiba dari luar negara adalah dari Emiriyah Arab Bersatu (2), Myanmar (1), United Kingdom (1), Jepun(2) dan Austria (1).

Daripada 24,961 jumlah kes, sebanyak 23,697 (94.9%) dilaporkan sembuh termasuk  134  yang pulih hari ini manakala 1,182 masih dirawat di hospital.

Sementara itu, Thailand akan menyambut sekumpulan pelancong antarabangsa yang memilih untuk menjalani ‘kuarantin vila’ di sebuah hotel mewah di pulau peranginan Phuket pada Ahad ini (21 Feb).

Kumpulan pertama daripada 70 pelancong itu dijadualkan tiba di Phuket dengan penerbangan sewa khas dari Indonesia pada Ahad ini.

Katanya, pelancong berkenaan akan menjalani kuarantin wajib di resort mewah bertaraf lima bintang, Sri Panwa di pulau berkenaan.

“Pelancong akan menginap di vila lima hari pertama kuarantin dan kemudian mereka boleh meninggalkan vila untuk melakukan aktiviti luar di dalam kawasan vila,” katanya pada taklimat harian Covid-19 hari ini (17 Feb).

Media tempatan melaporkan pelancong berkenaan termasuk dari Amerika Syarikat, Brazil, Kanada, Ukraine, Perancis dan Denmark yang melancong menggunakan pesawat sewa khas berulang kali menjalani ujian saringan COVID-19 di negara-negara yang dikunjungi.

Related posts

Leave a Comment