13 kluster baharu, 499 aktif

PUTRAJAYA 17 Feb. – Sebanyak 13 kluster baharu direkodkan hari ini iaitu melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster kumpulan berisiko tinggi, dan satu kluster komuniti.

Ini menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan setakat ini 1,028 di mana, 529 kluster telah tamat termasuk 13 kluster hari ini manakala kluster aktif pula 499.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Damai Ketari, Kluster Senai Cyber, Kluster Taman Sayong Pinang, Kluster Belukar, Kluster Sungai Burong, Kluster Tampoi Lima, Kluster Jalan Taruka, Kluster Jalan Rami, Kluster Udarama, Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah, Kluster Puncak Galaksi, Kluster Dang Mutiara, dan Kluster Kampung Geting.

Sebanyak 75 kluster mencatatkan pertambahan kes termasuk Kluster Tanjung Suria (380 kes), Kluster Kebun Baru (186 kes), dan Kluster Industri TTJ (141 kes).

Berikut 13 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini,

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak berhampiran Jalan Emas, Petaling Jaya. Sehingga 17 Februari, sejumlah 359 individu disaring, di mana 49 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN RAWANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Rawang-Bestari Jaya, Gombak. Sehingga 17 Februari, sejumlah 442 individu disaring, di mana 42 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DC

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265027) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan DC 1/3, Desa Coalfields, Sungai Buloh. Sehingga 17 Februari, sejumlah 37 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Subang 7, Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya. Sehingga 17 Februari, sejumlah 151 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA SEKSYEN SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan di Seksyen 1, Hulu Langat. Sehingga 17 Februari, sejumlah 342 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERSIARAN CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, dan Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja dua bulah kilang yang terletak di Jalan Cyber, Kawasan Perindustrian Senai 3, Kulai. Sehingga 17 Februari, sejumlah 852 individu disaring, di mana 121 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PAYAMANIS

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-270973) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan di Jalan Payamanis, Johor Bahru. Sehingga 17 Februari, sejumlah 254 individu disaring, di mana 39 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SENAI MURNI EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Murni 4, Taman Perindustrian Murni, Senai. Sehingga 17 Februari, sejumlah 97 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN MURNI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perindustrian, Taman Perindustrian Murni, Senai. Sehingga 17 Februari, sejumlah 457 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

    KLUSTER INDUSTRI TEKSTIL NILAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Nilai. Sehingga 17 Februari, sejumlah 413 individu disaring, di mana 64 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN SULTAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 12 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan di Jalan Sultan Ismail, Bandar Wawasan, Lembah Pantai. Sehingga 17 Februari, sejumlah 285 individu disaring, di mana 120 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JAN YONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kapit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271763) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah komuniti yang tinggal di Sungai Yong, Kapit. Sehingga 17 Februari, sejumlah 46 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PULAU RUSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Marang, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Dungun. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-242439) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pulau Rusa, Marang. Sehingga 17 Februari, 139 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment