Selangor terus kekal 4 angka

SELANGOR masih merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,382 kes (46.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,092 kes (79.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 436 kes (14.5 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 233 kes (7.8 peratus).

  • Selangor: 1,382 kes 
    • 709 kes daripada kluster-kluster; termasuk 82 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Emas, Kluster Tapak Bina Seksyen Satu, Kluster Jalan DC, dan Kluster Jalan Subang;
    • 383 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 290 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 436 kes  
    • 235 kes daripada kluster-kluster, termasuk 175 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perindustrian Murni, Kluster Jalan Payamanis, Kluster Senai Murni Empat, dan Kluster Jalan Persiaran Cyber;
    • 84 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 117 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Negeri Sembilan: 233 kes
    • 190 kes daripada kluster-kluster, termasuk 49 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Tekstil Nilai;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 226 kes  
    • 136 kes daripada kluster-kluster, termasuk 117 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Sultan;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 68 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 200 kes
    • 79 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jan Yong;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 114 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment