Kes harian Saudi naik sedikit

RIYADH 17 Feb. – Arab Saudi merekodkan 334 kes baharu Covid-19, peningkatan kes

berbanding 322 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 373,702.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam yang lepas juga, Arab Saudi

juga merekodkan empat kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit meninggal dunia sebanyak 6,445.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 349 lagi pesakit didapati sembuh sekaligus menambah jumlah kes pulih kepada 364,646.

Sementara itu Riyadh melaporkan kes tertinggi dengan 169 kes diikuti daerah Timur 62 dan Makkah 42 manakala kes aktif pula 2,611 dengan 480 kritikal.

Related posts

Leave a Comment