Singapura catat 11 kes baharu

SINGAPURA 17 Feb. – Satu kes jangkitan tempatan dicatatkan dalam kalangan 11 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura hari inj.

Wanita rakyat Singapura berusia 59 tahun itu, bekerja di Aibel, iaitu sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan dalam industri minyak.

Wanita  itu bekerja dari rumah sejak Mac tahun lalu  (MOH).

Beliau mengalami rasa gatal tekak pada 4 Februari dan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik GP.

Dia diberi cuti sakit selama lima hari dan diminta kembali bagi rawatan susulan dan ujian Covid-19 jika tidak pulih selepas tiga hari. Beliau memberitahu doktor pada 6 Februari bahawa beliau sudah pulih.

Pada 15 Februari wanita itu mengalami demam, menggigil, loya dan sakit di bahagian bawah rusuk. Beliau mendapatkan rawatan di Hospital Besar Sengkang, di mana  diuji bagi Covid-19 dan diasingkan.

Baki 10 kes merupakan kes import dan diberikan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini.

Dalam kalangan 10 kes itu, satu merupakan pemegang pas kerja dari India. Lapan adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia dan Malaysia, di mana tujuh adalah pembantu rumah asing.

Baki kes merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India untuk meneruskan pengajian di Singapura.

MoH juga menyatakan lagi 15 kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan keseluruhan kes pulih  sebanyak 59,676.

Sebanyak 25 pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital, sebilangan besarnya dalam keadaan stabil atau beransur pulih. Seorang pesakit pula berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit jagaan rapi.

Related posts

Leave a Comment