Saudi tambah 322 kes baharu

RIYADH 16 Feb. . – Arab Saudi merekodkan 322 kes baharu Covid-19, hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 373,368 Menurut Kementerian Kesihatan , bagi tempoh yang sama, tiga lagi pesakit  dilaporkan meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 6,441 kematian. Bagi tempoh yang sama, kes pesakit sembuh meningkat kepada 364,297  dengan jumlah tambahan kes pulih hari ini sebanyak 371. Sementara itu Riyadh merekodkan tambahan sebanyak 151 kes diikuti daerah Timur 69 dan Makkah 39.

Read More

Kes harian Indonesia 10,029 kes

JAKARTA 16 Feb. – Indonesia merekodkan 10,029 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,233,959 kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 229 pesakit Covid-19 meninggal dunia yang membawa jumlah kematian mencapai 33,596. Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan dengan catatan 1,039,674 orang apabila 7,609 lagi pesakit dilaporkan pulih. Terdapat lima provinsi dengan penambahan kes baharu tertinggi, iaitu  Jawa Barat 4.032 kes, Jakarta 1.861, Jawa Tengah 1.101, Jawa Timur 473 dan Banten 351 kes . Mulai esok, Indonesia akan melaksanakan fasa kedua proses vaksinasi Covid-19 untuk pekerja…

Read More

Hanya satu kes di Singapura

SINGAPURA 16 Feb. – Hanya satu kes import Covid-19 dilaporkan sehingga tengah hari ini, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura setakat ini 59,810 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes wanita pemegang permit kerja itu tiba dari Indonesia pada 2 Februari lalu. Setakat ini, 59,661 pesakit telah sembuh termasuk 20 kes hari ini manakala 30 lagi sedang mendapatkan rawatan di hospital yang semuanya dalam keadaan stabil dan seorang ditempatkan di unit rawatan rapi. MoH juga memaklumkan,  sejak 5 Februari, pemegang Permit Kerja dan S Pass yang baru tiba dikehendaki menjalani ujian serologi dan swab reaksi…

Read More

Thailand catat 72 kes harian

BANGKOK 16 Feb. – Sebanyak 72 kes jangkitan Covid-19 direkodkan Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 24,786 dengan jumlah kematian kekal 82. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) daripada 72 kes baharu, sebanyak 21 dikesan di kemudahan kesihatan, 48 pengesanan aktif dalam komuniti dan tiga kes dikuarantin. Sebanyak 16 kes atau 23.19 peratus direkodkan di Samut Sakhon, lokasi gelombang Covid-19 bermula Disember lalu. Kes lain disahkan di hospital Samut Prakan (2), Pathum Thani (1), Nakhon Pathom (1) dan Khon Kaen (1). Melalui pengesanan aktif, sebanyak 47 daripada…

Read More

1,391 kes baharu di Filipina

MANILA 16 Feb. – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan 1,391 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 552,246 kes. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak tujuh pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 11,524 kematian. Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 511,796 atau 92.7 peratus apabila 45 lagi kes pulih dilaporkan. Jumlah kes aktif pula 28,926 atau 5.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Read More

1,015 kluster ; 499 masih aktif

PUTRAJAYA 16 Feb. – Sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 14 kluster berkaitan tempat kerja, empat kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Ini menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan setakat ini meningkat kepada 1,015 kluster. Bagaimanapun hanya 499 masih aktif selepas 516 kluster telah tamat termasuk sembilan  hari ini iaitu Kluster Jalan Thamby, Kluster Tapak Bina Hevea, Kluster Jalan Padu, Kluster Pasar Jalan Sentosa, Kluster Wawasan Gading, Kluster Jalan Datuk, Kluster Tampoi Jaya, Kluster Rantau Cempaka, dan Kluster Keranji Tabuan. Sebanyak 79 kluster…

Read More

Selangor kembali ke empat angka

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,300 kes (47.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,067 kes (82.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 451 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 318 kes (11.7 peratus). Selangor: 1,300 kes  645 kes daripada kluster-kluster; termasuk 82 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Rawang Bestari, Kluster Jalan Lazuardi, Kluster Jalan Industri Dua Belas, dan Kluster Jalan Industri Tiga; 422 kes daripada saringan kontak rapat kes positif…

Read More

2,720 kes baharu, sembuh 5,718

PUTRAJAYA 16 Feb. – Malaysia mencatatkan kes sembuh tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas apabila 5,718 kes dilaporkan sembuh, menyaksikan jumlah kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan menurun kepada 44,129 kes setakat ini.  Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu sekali lagi mencatatkan angka di bawah 3,000 iaitu 2,720 kes dilaporkan dengan kesemuanya melibatkan kes tempatan.  Jumlah keseluruhan kes baharu kini 269,165, manakala bagi kes sembuh pula 224,053. Selain itu, lapan kes kematian dilaporkan menjadikan kes kumulatif kematian setakat ini 983.  “Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) kini 253 kes, dengan 118 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam…

Read More

Pakej Daya Tahan Covid-19 Singapura

SINGAPURA 16 Feb. – Pakej Daya Tahan Covid-19 berjumlah S$11 bilion yang dibentangkan dalam Belanjawan Negara Singapura hari ini  bertujuan menangani “tugas segera” memerangi pandemik tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat Beliau berkata, tumpuan adalah kepada  tiga bidang iaitu terus menyokong pekerja dan perniagaan, melindungi kesihatan awam dan memberi bantuan yang disasarkan kepada sektor yang masih tertekan. Katanya, Skim Bantuan Pekerjaan (JSS), yang membantu mengekalkan pekerjaan dengan memberi subsidi gaji pekerja, akan diperluas bagi sektor yang terus terjejas. Heng berkata langkah-langkah Belanjawan yang diumumkan tahun lalu membantu mencegah “kesan…

Read More

Rentas negeri, daerah kekal

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Larangan pergerakan rentas negeri dan daerah masih kekal walaupun berlaku pertukaran status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri bermula 19 Februari ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun sebahagian besar negeri dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) namun pergerakan hanya dibenarkan di dalam daerah dan tidak boleh merentas antara daerah atau ke negeri lain. Beliau berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) pergerakan rentas negeri telah menyumbang kepada peningkatan kes selepas kelonggaran diberikan pada akhir tahun lepas. “Jika dulu kluster disebabkan…

Read More