1,391 kes baharu di Filipina

MANILA 16 Feb. – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan 1,391 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 552,246 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak tujuh pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 11,524 kematian.

Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 511,796 atau 92.7 peratus apabila 45 lagi kes pulih dilaporkan.

Jumlah kes aktif pula 28,926 atau 5.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment