Selangor kembali ke empat angka

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,300 kes (47.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,067 kes (82.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 451 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 318 kes (11.7 peratus).

  • Selangor: 1,300 kes 
    • 645 kes daripada kluster-kluster; termasuk 82 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Rawang Bestari, Kluster Jalan Lazuardi, Kluster Jalan Industri Dua Belas, dan Kluster Jalan Industri Tiga;
    • 422 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 233 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 451 kes  
    • 365 kes daripada kluster-kluster, termasuk 316 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Package Pengerang, Kluster Wawasan Kulai, Kluster Industri Cyber, dan Kluster Jalan Pelepas Empat;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 318 kes  
    • 222 kes daripada kluster-kluster, termasuk 173 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Segambut;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 193 kes
    • 62 kes daripada kluster-kluster, termasuk 48 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kidurong Dua, Kluster Gelong, Kluster Univista, Kluster Kampung Sungai Maong, dan Kluster Jalan Geronggang;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 103 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 132 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Apas Empat dan Kluster Simpang Tiga;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment