Thailand catat 72 kes harian

BANGKOK 16 Feb. – Sebanyak 72 kes jangkitan Covid-19 direkodkan Thailand hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 24,786 dengan jumlah kematian kekal 82.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) daripada 72 kes baharu, sebanyak 21 dikesan di kemudahan kesihatan, 48 pengesanan aktif dalam komuniti dan tiga kes dikuarantin.

Sebanyak 16 kes atau 23.19 peratus direkodkan di Samut Sakhon, lokasi gelombang Covid-19 bermula Disember lalu. Kes lain disahkan di hospital Samut Prakan (2), Pathum Thani (1), Nakhon Pathom (1) dan Khon Kaen (1).

Melalui pengesanan aktif, sebanyak 47 daripada 48 kes di Pathum Thani melibatkan warga Thai (26), Myanmar (18), Lao (2) dan Kemboja (1). Satu lagi kes dalam komuniti di Ayutthaya.

Tiga kes import pula melibatkan ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, daripada 24,786 kes, sebanyak 23,563 atau 95.07 peratus dilaporkan sembuh termasuk 680 yang pulih hari ini manakala 1,141 masih menerima rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment