2,720 kes baharu, sembuh 5,718

PUTRAJAYA 16 Feb. – Malaysia mencatatkan kes sembuh tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas apabila 5,718 kes dilaporkan sembuh, menyaksikan jumlah kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan menurun kepada 44,129 kes setakat ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu sekali lagi mencatatkan angka di bawah 3,000 iaitu 2,720 kes dilaporkan dengan kesemuanya melibatkan kes tempatan. 

Jumlah keseluruhan kes baharu kini 269,165, manakala bagi kes sembuh pula 224,053. Selain itu, lapan kes kematian dilaporkan menjadikan kes kumulatif kematian setakat ini 983. 

“Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) kini 253 kes, dengan 118 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media perkembangan Covid-19 hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata lapan kes kematian yang dilaporkan melibatkan tiga kes di Kuala Lumpur, dua kes di Selangor serta masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan, dengan lingkungan umur mangsa daripada 47 hingga 86 tahun. 

Sebanyak 57 kes (2.1 peratus) yang dilaporkan melibatkan kluster di penjara, lokap dan depoh tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera dengan 35 kes, Kluster Tembok Bukit Besi (14), Kluster Penjara Jalan Harapan (4), Kluster Penjara Seberang Perai (3) dan Kluster Tembok Taiping (1). 

Related posts

Leave a Comment