Hanya satu kes di Singapura

SINGAPURA 16 Feb. – Hanya satu kes import Covid-19 dilaporkan sehingga tengah hari ini, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura setakat ini 59,810 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes wanita pemegang permit kerja itu tiba dari Indonesia pada 2 Februari lalu.

Setakat ini, 59,661 pesakit telah sembuh termasuk 20 kes hari ini manakala 30 lagi sedang mendapatkan rawatan di hospital yang semuanya dalam keadaan stabil dan seorang ditempatkan di unit rawatan rapi.

MoH juga memaklumkan,  sejak 5 Februari, pemegang Permit Kerja dan S Pass yang baru tiba dikehendaki menjalani ujian serologi dan swab reaksi rantai polimerase (PCR) sebaik ketibaan wajib.

Mereka yang terlibat adalah dalam sektor proses, marin dan pembinaan, serta pembantu rumah asing dan pengasuh berpantang, yang mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini ke negara atau wilayah berisiko lebih tinggi.

“Ini  membolehkan kami mengenal pasti dengan cepat mereka yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 lalu, dan tidak lagi berjangkit kepada orang lain pada masa mereka tiba di Singapura, dan untuk mengecualikan mereka daripada kiraan kes harian kita,” kata MoH.

Related posts

Leave a Comment