1,015 kluster ; 499 masih aktif

PUTRAJAYA 16 Feb. – Sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 14 kluster berkaitan tempat kerja, empat kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Ini menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan setakat ini meningkat kepada 1,015 kluster.

Bagaimanapun hanya 499 masih aktif selepas 516 kluster telah tamat termasuk sembilan  hari ini iaitu Kluster Jalan Thamby, Kluster Tapak Bina Hevea, Kluster Jalan Padu, Kluster Pasar Jalan Sentosa, Kluster Wawasan Gading, Kluster Jalan Datuk, Kluster Tampoi Jaya, Kluster Rantau Cempaka, dan Kluster Keranji Tabuan.

Sebanyak 79 kluster merekodkan pertambahan kes baharu dan kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Tapak Bina Damar (201 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (173 kes), dan Kluster Industri Cyber (161 kes).

  • KLUSTER  RAWANG BESTARI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Rawang Integrated Industrial Park, Gombak. Sehingga 16 Februari, sejumlah 594 individu disaring, di mana 45 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN LAZUARDI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan di Jalan Lazuardi, Shah Alam. Sehingga 16 Februari, sejumlah 61 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN INDUSTRI DUA BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Industri 12, Kampung Baru Sungai Buloh. Sehingga 16 Februari, sejumlah 123 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN INDUSTRI TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Industri 3/4, Rawang Integrated Industrial Park, Gombak. Sehingga 16 Februari, sejumlah 157 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 14, Kawasan Perindustrian Senai 4, Kulai. Sehingga 16 Februari, sejumlah 315 individu disaring, di mana 161 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PELEPAS EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Pelepas 4/6, Johor Bahru. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 255 individu disaring, di mana 87 kes dikesan positif.

  • KLUSTER WAWASAN KULAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Taman Wawasan, Kulai. Sehingga 16 Februari, sejumlah 220 individu disaring, di mana 68 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PACKAGE PENGERANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221828) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan  di Pengerang, Kota tinggi. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 157 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN SEGAMBUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan di Jalan Segambut, Kepong. Sehingga 16 Februari, 483 individu disaring, di mana 173 kes dikesan positif.

  • KLUSTER UNIVISTA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan dan Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261634) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks di Taman Univista, Samarahan. Sehingga 16 Februari 2021, sejumlah 184 individu disaring, di mana 45 kes dikesan positif.

  • KLUSTER GELONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kapit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264023) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks di Taman Sri Gelong, Jalan Selirik, Kapit. Sehingga 16 Februari, sejumlah 86 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN GERONGGANG

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254747) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan komuniti. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas di Jalan Geronggang, Sibu. Sehingga 16 Februari, sejumlah 41 individu disaring, di mana kesemua kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG SUNGAI MAONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-261632) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks  di Kampung Sungai Maong, Kuching. Sehingga 16 Februari, sejumlah 50 individu disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KIDURONG DUA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254739) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala yang bekerja di Kidurong Dua, Bintulu. Kluster ini melibatkan ahli keluarga dan kontak rapat kes indeks.  Sehingga 16 Februari, sejumlah 74 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN APAS EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau dan Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-201599) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan dua buah kilang  di Tawau. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks di Jalan Apas 4. Sehingga 16 Februari, 390 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SIMPANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Belud, Kota Marudu, dan Pitas di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-240454) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan di kawasan yang dikenali sebagai Simpang Tiga, Kudat. Sehingga 16 Februari, sejumlah 53 individu disaring, di mana25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KAYU MANIS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-226338) dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya berdekatan dengan Jalan Kayu Manis, Seri Manjung. Sehingga 16 Februari, sejumlah 34 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DAY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kubang Pasu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251281) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Day (nama lama bagi Jalan Sultanah), Alor Setar. Sehingga 16 Februari, sejumlah 109 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JENGKA TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Maran dan Jerantut di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-238642) dilaporkan positif Covid-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan dua pusat pengajian di Maran.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks di Jengka 7, Maran. Sehingga 16 Februari, 182 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment