Kes harian Indonesia 10,029 kes

JAKARTA 16 Feb. – Indonesia merekodkan 10,029 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,233,959 kes.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 229 pesakit Covid-19 meninggal dunia yang membawa jumlah kematian mencapai 33,596.

Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan dengan catatan 1,039,674 orang apabila 7,609 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Terdapat lima provinsi dengan penambahan kes baharu tertinggi, iaitu  Jawa Barat 4.032 kes, Jakarta 1.861, Jawa Tengah 1.101, Jawa Timur 473 dan Banten 351 kes .

Mulai esok, Indonesia akan melaksanakan fasa kedua proses vaksinasi Covid-19 untuk pekerja ‘publik’ yang melibatkan sasaran 38.5 juta orang, termasuk golongan warga emas..

Pekerja publik itu terdiri daripada golongan pendidik, peniaga pasar, tokoh agama, wakil rakyat, pegawai pemerintah, tentera, polis, pengawal keselamatan, pemadam (bomba), pekerja berkaitan industri pengangkutan awam, atlet sukan, wartawan dan pekerja sektor pelancongan (kakitangan hotel, restoran dan pusat pelancongan).

Related posts

Leave a Comment