314 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 15 Feb. – Arab Saudi hari ini merekodkan 314 kes baharu Covid -19 iaitu hari ketiga angka jangkitan di bawah 350 kes yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 373,046. Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini yang meningkatkan jumlah kematian kepada 6,438. Pada masa yang sama, sebanyak 341 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah kes sembuh setakat ini  363,926. Sementara itu Riyadh merekodkan 154 kes jangkitan diikuti daerah Timur 60 dan Makkah 47. Kes aktif pula 2,682 di mana 472 kritikal.

Read More

Singapura catat 9 kes import

SINGAPURA 15 Feb. – Sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 59,809 dengan 29 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, kesemuanya adalah kes import dan dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya mereka di sini,. Hari ini adalah hari ketiga berturut-turut tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan. Sebanyak 20 kes sembuh dibenarkan keluar hospital menjadikan 59,641 kes pulih sepenuhnya. MoH juga mengesahkan 36 lagi pesakit sedang menerima rawatan, sebahagian besarnya dalam keadaan stabil manakala seorang di unit rawatan rapi.

Read More

6,462 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 15 Feb. – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia hari ini merekodkan 6,462 kes yang menjadikan jumlah kumulatifnya 1,223,930 dengan kes aktif 158,498. Bagi kes negatif pula, sehingga hari ini merekodkan jumlah kumulatif 5,471,834 kes termasuk 13,164 kes baharu. Kes sembuh pula mencecah 1,032,065 dengan pertambahan 6,792 kes pulih yang direkodkan hari ini. Sebanyak 184 pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini menjadikan kumulatifnya mencapai 33,367 kes. Sementara itu, lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jakarta 1,879, Jawa Barat 947, Jawa Tengah 881, Jawa Timur 432 dan  Kalimantan Timur 363.…

Read More

Kes baharu Filipina 1,685

MANILA 15 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,685 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 550,860 kes. Sehingga pukul 4 petang ini, dua lagi pesakit meninggal dunia dan menjadikan jumlah kematian sebanyak 11,517 kes. Sebanyak 14 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada peningkatan kes pulih yang merekodkan 511,755 atau 92.9 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula 27,588 atau 5.0 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

143 kes, dua kematian di Thailand

BANGKOK 15 Feb. – Thailand merekodkan 143 kes baharu Covid-19 dan dua kematian, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu meningkat kepada 24,714 kes dengan 82 kematian. Dua kematian membabitkan lelaki Thailand berusia 62 tahun dari Ubon Ratchathani yang meninggal dunia pada Ahad dan seorang lagi lelaki Thailand berusia 78 tahun dari Samut Sakhon meninggal dunia pada Sabtu. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kedua-duanya mempunyai masalah kesihatan. Daripada 143 kes baharu, sebanyak 132 adalah penularan tempatan iaitu 68 kes menerusi pengesanan kes aktif dan 64 yang mendapatkan rawatan di hospital, manakala 11 lagi kes…

Read More

PKPD di penjara Tapah

KUALA LUMPUR 15 Feb. –  Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah, Perak dan kuarters kakitangannya mulai 16 Februari sehingga 1 Mac. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan 187 ujian saringan ke atas kontak rapat dan daripada jumlah itu, sebanyak 55 kes positif Covid-19 direkodkan. “Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat yang terlibat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ismail Sabri…

Read More

489 kluster aktif, 13 kluster baharu

PUTRAJAYA 15 Feb. – Terdapat 13 lagi kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu kluster melibatkan komuniti, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi. Setakat ini jumlah kluster yang direkodkan adalah 996 tetapi yang masih aktif adalah 489 selepas 507 termasuk lapan kluster hari ini telah tamat. Lapan kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Sibuga, Kluster Taman Tasik Sungai Chua, Kluster Jalan Bukit Bendera, Kluster Lumut Barat, Kluster Pagar Siput, Kluster Kampung Renok, Kluster Sungai Redan, dan Kluster Bah Manggis.…

Read More

Selangor mendahului tetapi kes turun

SELANGOR masih mendahului negeri-negeri lain tetapi menunjukkan penurunan apabila melaporkan 910 kes (41.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 724 kes (79.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Johor menduduki tempat kedua dengan 269 kes (12.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 246 kes (11.3 peratus). Selangor: 910 kes  149 kes daripada kluster-kluster; termasuk 42 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cheras, Kluster Jalan Tiga Belas, Kluster Jalan Bursa, Kluster Jalan Tropicana, dan Kluster Jalan Kepong; 575 kes daripada saringan kontak rapat kes positif…

Read More

Kes baharu turun, sembuh meningkat

PUTRAJAYA 15 Feb. – Sebanyak 2,176 kes baharu termasuk satu kes import dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 sebanyak 266,445 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, 2,175 kes tempatan melibatkan 1,618 warganegara (74.4%) dan 557 bukan warganegara (25.6%)] dengan kes aktif pula 47,135 kes; Sebanyak 64 kes (2.9 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depoh tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (40 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (18 kes), Kluster Tembok Tapah (4 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes),…

Read More

Apa sebenarnya gerakan politik Gerakan?

BUKANLAH satu kejutan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ‘keluar masuk’ gabungan parti kerajaan. Dalam politik, tidak ada kawan dan lawan yang setia walaupun lebih ramai kawan yang berkawan ketika sama-sama senang. Mungkin yang akan mengejutkan jika ada peluang baharu diberikan kepada Gerakan sebagai ganjaran. Gerakan tinggalkan BN selepas BN kalah. Gerakan tidak keluar BN ketika BN menang dan Gerakan pula tersungkur. Samalah juga bagi anggota Parlimen (MP). Berapa ramai MP UMNO yang tinggalkan parti ketika UMNO masih memerintah? Mungkin dalam hal ini (kesetiaan perjuangan) boleh dikecualikan bagi DAP dan wakil…

Read More