Singapura catat 9 kes import

SINGAPURA 15 Feb. – Sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 59,809 dengan 29 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, kesemuanya adalah kes import dan dikenakan notis jangan keluar rumah setibanya mereka di sini,.

Hari ini adalah hari ketiga berturut-turut tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan.

Sebanyak 20 kes sembuh dibenarkan keluar hospital menjadikan 59,641 kes pulih sepenuhnya.

MoH juga mengesahkan 36 lagi pesakit sedang menerima rawatan, sebahagian besarnya dalam keadaan stabil manakala seorang di unit rawatan rapi.

Related posts

Leave a Comment