Kes baharu turun, sembuh meningkat

PUTRAJAYA 15 Feb. – Sebanyak 2,176 kes baharu termasuk satu kes import dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 sebanyak 266,445 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, 2,175 kes tempatan melibatkan 1,618 warganegara (74.4%) dan 557 bukan warganegara (25.6%)] dengan kes aktif pula 47,135 kes;

Sebanyak 64 kes (2.9 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depoh tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (40 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (18 kes), Kluster Tembok Tapah (4 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).

Katanya, jumlah kes sembuh pula lebih tinggi berbanding kes baharu, iaitu sebanyak 4,521 kes menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan sebanyak 218,335 kes.

Sebanyak 260 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 112 memerlukan bantuan pernafasan.

Sepuluh lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 975 kes.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima di Selangor, dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu  di Sabah, Johor, dan Perak. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara

Related posts

Leave a Comment