314 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 15 Feb. – Arab Saudi hari ini merekodkan 314 kes baharu Covid -19 iaitu hari ketiga angka jangkitan di bawah 350 kes yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 373,046.

Menurut Kementerian Kesihatan, lima lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini yang meningkatkan jumlah kematian kepada 6,438.

Pada masa yang sama, sebanyak 341 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah kes sembuh setakat ini  363,926.

Sementara itu Riyadh merekodkan 154 kes jangkitan diikuti daerah Timur 60 dan Makkah 47. Kes aktif pula 2,682 di mana 472 kritikal.

Related posts

Leave a Comment