489 kluster aktif, 13 kluster baharu

PUTRAJAYA 15 Feb. – Terdapat 13 lagi kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu kluster melibatkan komuniti, pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.

Setakat ini jumlah kluster yang direkodkan adalah 996 tetapi yang masih aktif adalah 489 selepas 507 termasuk lapan kluster hari ini telah tamat.

Lapan kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Sibuga, Kluster Taman Tasik Sungai Chua, Kluster Jalan Bukit Bendera, Kluster Lumut Barat, Kluster Pagar Siput, Kluster Kampung Renok, Kluster Sungai Redan, dan Kluster Bah Manggis.

Sebanyak 68 kluster merekodkan pertambahan kes di mana kes baharu tertinggi hari ini direkodkan oleh Kluster Jalan Senai Utama (131 kes), Kluster Tanjung Suria (68 kes), dan Kluster Tembok Bendera (40 kes).

Berikut 13 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN BURSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat di Jalan Bursa, Shah Alam. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 66 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KEPONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Kepong, Ijok, Kuala Selangor. Sehingga 15 Februari, sejumlah 150 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TIGA BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan 13/6, Petaling Jaya. Sehingga 15 Februari, sejumlah 120 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN CHERAS

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264397) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Cheras, Kajang. Sehingga 15 Februari, sejumlah 182 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TROPICANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya di Jalan Mutiara Tropicana, Petaling Jaya. Sehingga 15 Februari, sejumlah 73 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SENAI UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Mukim Senai, Kulai. Sehingga 15 Februari, sejumlah 414 individu disaring, di mana 131 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN JINJANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Jinjang Aman, Kepong. Sehingga 15 Februari, sejumlah 150 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN MUTIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-257703) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan kemasukan ke hospital. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan di Persiaran Bayan Mutiara, Timur Laut. Sehingga 15 Februari, sejumlah 21 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244899) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya di Jalan Baru, Perai. Sehingga 15 Februari, sejumlah 73 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

  • KLUSTER GUNTONG DALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Setiu dan Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-248282) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat di Bandar Jerteh, Besut. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Guntong Dalam, Setiu. Sehingga 15 Februari, sejumlah 293 individu disaring, di mana 43 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PENGKALAN TERAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-245538) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pengkalan Teras, Besut. Sehingga 15 Februari, sejumlah 237 individu disaring, di mana 29 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TEKNOLOGI LOT ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254857) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang terletak di Lot 6, Batu Berendam, Melaka Tengah. Sehingga 15 Februari, sejumlah 300 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TEMBOK TAPAH

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247782) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan  di Jalan Tapah, Batang Padang. Sehingga 15 Februari, sejumlah 191 individu disaring, di mana 64 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment