6,462 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 15 Feb. – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia hari ini merekodkan 6,462 kes yang menjadikan jumlah kumulatifnya 1,223,930 dengan kes aktif 158,498.

Bagi kes negatif pula, sehingga hari ini merekodkan jumlah kumulatif 5,471,834 kes termasuk 13,164 kes baharu.

Kes sembuh pula mencecah 1,032,065 dengan pertambahan 6,792 kes pulih yang direkodkan hari ini.

Sebanyak 184 pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini menjadikan kumulatifnya mencapai 33,367 kes.

Sementara itu, lima wilayah merekodkan kes positif tertinggi iaitu Jakarta 1,879, Jawa Barat 947, Jawa Tengah 881, Jawa Timur 432 dan  Kalimantan Timur 363.

Jakarta juga mencatatkan kes sembuh yang tinggi dengan 2,082, diikuti Jawa Barat yang merekodkan 1,265, Jawa Timur 724,  Kalimantan Timur 484 dan Bali 328.

Kes kematian juga menyaksikan Jakarta sekali lagi merekodkan kes yang tinggi iaitu 55 kes, Jawa Timur 51, Jawa Tengah 26, Bali sembilan dan Kalimantan Timur tujuh.

Sementara itu, penerima vaksin di Indonesia meningkat menjadi 1.096.095 berikutan  penambahan penerima vaksin sebanyak 27.348 orang.

Related posts

Leave a Comment