Selangor mendahului tetapi kes turun

SELANGOR masih mendahului negeri-negeri lain tetapi menunjukkan penurunan apabila melaporkan 910 kes (41.8 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 724 kes (79.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Johor menduduki tempat kedua dengan 269 kes (12.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 246 kes (11.3 peratus).

  • Selangor: 910 kes 
    • 149 kes daripada kluster-kluster; termasuk 42 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cheras, Kluster Jalan Tiga Belas, Kluster Jalan Bursa, Kluster Jalan Tropicana, dan Kluster Jalan Kepong;
    • 575 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 186 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 269 kes  
    • 164 kes daripada kluster-kluster, termasuk 131 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Senai Utama;
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 246 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 169 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 182 kes  
    • 52 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jinjang;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 73 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Negeri Sembilan: 145 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 55 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment