126,000 vaksinasi setiap hari

JOHOR BHARU 13 Feb. – Kementerian Kesihatan menjangkakan 126,000 individu mampu diberikan suntikan vaksin Covid-19 setiap hari di 600 lokasi vaksinasi di seluruh negara, bermula akhir bulan ini.

Menterinya, Dr Adham Baba berkata, jumlah itu berdasarkan perkiraan 30 individu sehari bagi setiap satu vaksinator.

Katanya, setiap lokasi akan menempatkan tujuh vaksinator dan suntikan

akan diberikan secara berjadual bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di lokasi vaksinasi.

Individu yang akan disuntik akan mengisi dokumen khas sama ada dimuatnaik menerusi aplikasi MySejahtera atau diberi petugas khas seminggu sebelum menerima suntikan.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjaun di tiga lokasi asrama pekerja kilang di Senai, Kulai, Johor.

Kementerian katanya sudah mempunyai senarai penerima suntikan vaksin bagi fasa pertama yang terdiri daripada petugas barisan hadapan.

Katanya, fasa pertama melibatkan vaksin Pfizer-Biontech mulai hujung bulan ini hingga April depan.

Sementara fasa kedua pada Mac akan melibatkan golongan berisiko termasuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan dilindungi seperti menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Related posts

Leave a Comment