2,017 kes baharu, 7 kematian baharu

PUTRAJAYA 19 Mei – Sebanyak 2,017 kes baharu direkodkan semalam, menunjukkan peningkatan berbanding 1,469 yang direkodkan kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,483,295 kes.

Sebanyak 29,971 kes aktif Covid-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu, 28,679 individu atau 95.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah,

1,235 dirawat di hospital dengan 38 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 850 menjadikan jumlah kumulatif 1,355,612 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 383 (354,491), Pulau Pinang 145 (279,890), Perak 94 (202,500) dan Melaka 91 (123,335)

Ini diikuti Johor sebanyak 63 menjadikan jumlah keseluruhan 383,585, Kedah 64 (299,662), Johor 63 (383,585), Sarawak 51 (306,086), Sabah 42 (371,406).

Wilayah Persekutuan Putrajaya pula mencatatkan 39 kes menjadikan jumlah keseluruhan 20,102, Pahang 26 (171,428), Kelantan 13 (247,710), Terengganu 19 (126,091), Kelantan 13 (247,710) dan Wilayah Persekutuan Labuan 5 (21,387).

Sementara itu,  tujuh kematian baharu direkodkan setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 35,630 kes, daripada 4.48 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiga kes kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 7,548.

 

Related posts

Leave a Comment