337 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 13 Feb. – Selepas enam hari merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 melebihi 350 kes, Arab Saudi hari ini merekodkan penurunan dengan 337 kes menjadikan jumlah keseluruhan 372,410. Semalam rekod kes jangkitan harian 353 dan teringgi pada 6 Februari lalu iaitu sebanyak 386 sebelum turun kepada 317 pada hari berikutnya tetapi selepas itu meningkat semula melebihi 350 kes. Menurut Kementerian Kesihatan,  jumlah pesakit yang meninggal dunia masih rendah iaitu empat kes menjadikan jumlah keseluruhan 6,428 kematian Sementara itu, kes pesakit sembuh meningkat kepada 363,303 termasuk 356 kes pulih yang baharu…

Read More

9 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 13 Feb. – Sembilan kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, semuanya kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di sini. Jumlah keseluruhan kini 59,786 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), jumlah terendah dalam masa enam minggu itu melibatkan pemegang permit kerja yang tiba dari India, Indonesia dan Myanmar, kesemuanya pembantu rumah asing. Seorang lagi pemegang pas kerja dari Rusia. Sebanyak 35 kes dibenarkan pulang daripada hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah 59,604 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19. Sementara itu…

Read More

1.2 juta positif, 1 juta sembuh

JAKARTA 13 Feb. – Kes sembuh Covid-19 di Indonesia menjangkau satu juta orang apabila merekodkan 1,004,117 termasuk 11,000 kes pulih yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Bagi tempoh yang sama kes jangkitan baharu turut meningkat kepada 1,201,859 selepas 8,844 lagi kes baharu direkodkan. Manakala kes kematian pula bertambah sebanyak 275 kes hari ini dengan jumlah kumulatifnya mencapai 32.656 kes atau  2,7 peratus. Lima wilayah yang mencatatkan kes sembuh harian tertinggi adalah Jakarta yang  mencatatkan 5,636 dengan kumulatif 284,380 disusuli Jawa Barat 1,582, Jawa Timur 1,085, Kalimantan Timur 543 dan Bali…

Read More

116 tempatan, 10 import di Thailand

BANGKOK 13 Feb. – Sebanyak 126 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang meliputi 116 kes tempatan dan 10 import menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 24,405 manakala kematian kekal 80. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 116 kes tempatan, sebanyak 79 kes melalui pengesanan aktif di lima wilayah iaitu Tak (52), Samut Sakhon (24), Pathum Thani (1), Phetchaburi (1)  dan Samut Songkhram (1). Baki 37 kes dikesan semasa rawatan di hospital iaitu Bangkok (7), Samut Sakhon (29) dan Phetchaburi (1). Kes melibatkan warga Thailand dan juga…

Read More

Filipina catat 1,960 kes baharu

MANILA 13 Feb. –  Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 1,960 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 547,255. Menurut DoH, sehingga pukul 4 petang ini, jumlah pesakit meninggal dunia meningkat kepada 11,507 orang selepas 12 lagi kematian dilaporkan. Sementara itu, seramai 133 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 500,781 pesakit pulih atau 91.5 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 34,967 atau 6.4 peratus.

Read More

483 kluster aktif, 10 baharu

PUTRAJAYA 13 Feb. – Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini, yang melibatkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Ini menjadikan jumlah kluster di negara ini sebanyak 972 di mana 483 aktif dan 489 kluster telah tamat. Sebelas kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Bukit Bakar, Kluster Jalan Timah, Kluster Seragam Chepa, Kluster Restoran Putra, Kluster Tapak Bina Jalan Desa, Kluster Pekeliling, Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Laut, Kluster Tapak Bina Matahari, Kluster Pagar Bentong, dan…

Read More

Selangor, Johor, KL mendahului

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,345 kes (38.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,052 kes (78.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 802 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 511 kes (14.6 peratus). Selangor: 1,345 kes  471 kes daripada kluster-kluster; termasuk 38 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lebuh Keluli dan Kluster Industri Selesa; 581 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu kes import dari luar negara; dan 292…

Read More

3,499 kes, 3,515 sembuh

PUTRAJAYA 13 Feb. – Sebanyak 3,499 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 261,805 kes dengan 51,558 kes aktif. Daripada jumlah tersebut, 3,498 adalah kes tempatan dengan 1,871 adalah warganegara dan 1,627 bukan warganegara serta satu kes import melibatkan bukan warganegara. Sebanyak 70 kes (2.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (46 kes), Tembok Sungai Udang (18 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes). Sebanyak lima kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 958 kes atau…

Read More

PKPB Sarawak hingga 1 Mac

KUCHING 13 Feb. – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu yang dijadual tamat esok dilanjutkan sehingga 1 Mac. JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan PKPB itu juga berkuat kuasa di Bahagian Sibu yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga esok (14 Feb). Keputusan itu diambil susulan keadaan semasa penularan jangkitan COVID-19 yang masih belum terkawal sepenuhnya di Sarawak.. JPBN yang bermesyuarat hari ini juga memutuskan bahawa pergerakan antara zon di dalam negeri ini adalah tidak dibenarkan…

Read More

Operasi rumah ibadat bukan Islam

PUTRAJAYA 13 Feb. – Rumah ibadat bukan Islam (RIBI) dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 12 hingga 18 Februari ini. Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bagaimanapun operasi itu tertakluk kepada beberapa prosedur operasi standard (SOP) tertentu termasuk kehadiran tidak melebihi 30 orang dalam satu-satu masa. Selain itu, RIBI perlu menjalankan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum dan selepas aktiviti keagamaan atau sembahyang. Penggunaan aplikasi MySejahtera bagi tujuan merekod di kawasan yang mempunyai liputan Internet yang luas. Pengecualian imbasan kod apilikasi itu diberikan kepada…

Read More