Operasi rumah ibadat bukan Islam

PUTRAJAYA 13 Feb. – Rumah ibadat bukan Islam (RIBI) dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 12 hingga 18 Februari ini.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bagaimanapun operasi itu tertakluk kepada beberapa prosedur operasi standard (SOP) tertentu termasuk kehadiran tidak melebihi 30 orang dalam satu-satu masa.

Selain itu, RIBI perlu menjalankan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum dan selepas aktiviti keagamaan atau sembahyang.

Penggunaan aplikasi MySejahtera bagi tujuan merekod di kawasan yang mempunyai liputan Internet yang luas.

Pengecualian imbasan kod apilikasi itu diberikan kepada penganut yang berumur 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai telefon pintar.

Jadual waktu sembahyang/aktiviti keagamaan di RIBI adalah Tokong Buddha, tao, wat siam dan gereja (Bermula 6 pagi hingga 2 petang) ; Kuil Hindu

(Sesi 1 – 6 pagi hingga 10 pagi/ Sesi 2 – 5 petang 9 malam) ; Gurdwara – (6 pagi hingga 9 pagi)

Related posts

Leave a Comment