RIYADH 8 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 356 kes berbanding 317 semalam. Bagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian yang dilaporkan hari ini adalah empat kes berbanding lima yang direkodkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 370,634 manakala jumlah kematian pula 6,406. Sementara itu, kes sembuh pula sebanyak 298 yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih adalah 361,813. Riyadh merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 164 kes diikuti wilayah Timur sebanyak 80 kes dan Makkah 47. Jumlah kes aktif pula adalah 2,415 di mana…
Read MoreDay: February 8, 2021
Pulau Pinang ikut keluasan masjid
PULAU PINANG 8 Feb. – Jabatan Agama Islam Pulau Pinang membenarkan solat Jumaat dan solat fardu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di masjid dan surau di negeri itu. Menurut pekeliling yang dikeluarkan, jumlah jemaah yang dibenarkan adalah mengikut keluasan ruang solat utama masjid dan surau berkenaan. Pelaksanaan solat jenazah bukan Covid-19 di masjid dan surau pula dengan kadar maksimum seramai 30 orang Di samping itu, kuliah maghrib, bacaan Yasin dan tahlil setiap hari selepas solat maghrib hingga solat Isyak juga dibenarkan. Bagaimanapun penceramah dari luar Pulau Pinang…
Read MoreSolat 40 jemaah di Johor
JOHOR BAHRU 8 Feb. – Kerajaan negeri Johor membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di masjid dan surau di negeri itu dengan jumlah jemaah 40 orang bermula esok. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata jumlah itu tidak termasuk pegawai, ahli jawatankuasa dan pengurusan kariah masjid dan surau. Beliau berkata keputusan itu diambil setelah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mendapat pandangan serta nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM). “Secara keseluruhan, terdapat 814…
Read MoreSolat Jumaat ikut kapasiti masjid
KUALA TERENGGANU 8 Feb. – Solat fardu berjemaah dan solat Jumaat di semua masjid dan surau di Terengganu boleh dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang berkuat kuasa hingga 18 Februari depan. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Osman Muda berkata kebenaran itu diberikan setelah diperkenankan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan mendapat pandangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Beliau berkata jumlah jemaah mestilah mengikut kapasiti keluasan masjid dan surau dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu tidak memasang penyaman udara sepanjang solat…
Read MorePKPD taman di Muadzam Shah
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Taman-taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 9 hingga 22 Februari, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yakob. Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri memaklumkan keputusan itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes Covid-19 di Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang yang melibatkan komuniti di taman-taman. Katanya sehingga kini, KKM melaporkan sebanyak 13 kes positif telah direkodkan dalam Kluster Hikmah melibatkan jemaah Masjid AlMuadzam Shah serta ahli keluarga yang tinggal di taman-taman ini. “Setelah membuat penilaian risiko…
Read More451 kluster aktif, 13 kluster baharu
PUTRAJAYA 8 Feb. – Sebanyak 13 kluster baharu dikenal pasti hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi . Ini menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan setakat ini adalah 908 dan daripada jumlah itu, 457 telah tamat termasuk tiga kluster hari ini iaitu Kluster Kolam Permai, Kluster Timbang Dayang, dan Kluster Pompod). Kluster aktif pula adalah 451 di mana 79 kluster pada hari ini dilaporkan menambah kes baharu. Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam…
Read MoreSelangor, Johor, Melaka
PUTRAJAYA 8 Feb. – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,196 kes (38.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 986 kes (82.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 490 kes (15.8 peratus) dan Melaka sebanyak 344 kes (11.1 peratus). Selangor: 1,196 kes 589 kes daripada kluster-kluster; termasuk 80 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Teknologi, Kluster Jalan Sungai Rasa, Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar, dan Kluster Persiaran Hulu; 397 kes daripada saringan kontak rapat kes…
Read More24 kematian, 3,100 kes baharu
PUTRAJAYA 8 Feb. – Jumlah 24 pesakit yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah kes tertinggi harian yang pernah dilaporkan. Ia melibatkan 21 warganegara dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 896 kes (0.36%). Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tujuh kes di Selangor, masing-masing tiga di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Perak dan Johor, serta satu kes di Kelantan, Melaka, Kedah, dan Pulau Pinang. Jumlah kes jangkitan harian pula adalah 3,100 kes termasuk kes import yang menjadikan jumlah…
Read More186 kes baharu Thailand
BANGKOK 8 Feb. – Thailand merekodkan 186 kes baharu Covid-19 dan sifar kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 23,557 sementara kematian kekal 79. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 35 kes adalah pengesanan aktif, 141 melalui rawatan di hospital dan 10 ketibaan dari luar negara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada 35 kes pengesanan aktif itu, 31 kes dilaporkan di Samut Sakhon, termasuk enam warga Thai. Bagi kes import pula, tujuh daripada 10 kes adalah warganegara Thai yang pulang melalui lapangan terbang Suvarnabhumi iaitu dari United Kingdom,…
Read More1,690 kes baharu di Filipina
MANILA 8 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang ini merekodkan 1,690 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 538,995 dengan kes aktif 27,992. Jumlah kematian pula meningkat kepada 11,231 selepas 52 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu, 23 pesakit disahkan sembuh dan ini menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 499,772 atau 92.7 peratus daripada keseluruhan kes.
Read More