1,690 kes baharu di Filipina

MANILA 8 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang ini merekodkan 1,690 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 538,995 dengan kes aktif 27,992.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 11,231 selepas 52 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, 23 pesakit disahkan sembuh dan ini menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 499,772 atau 92.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment