Kes harian Saudi terus meningkat

RIYADH 8 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 356 kes berbanding 317 semalam.

Bagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian yang dilaporkan hari ini adalah empat kes berbanding lima yang direkodkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 370,634 manakala jumlah kematian pula 6,406.

Sementara itu, kes sembuh pula sebanyak 298 yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih adalah 361,813.

Riyadh merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 164 kes diikuti wilayah Timur sebanyak 80 kes dan Makkah 47.

Jumlah kes aktif pula adalah 2,415 di mana 401 kritikal.

Related posts

Leave a Comment