Selangor, Johor, Melaka

PUTRAJAYA 8 Feb. – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,196 kes (38.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 986 kes (82.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 490 kes (15.8 peratus) dan Melaka sebanyak 344 kes (11.1 peratus).

  • Selangor: 1,196 kes 
    • 589 kes daripada kluster-kluster; termasuk 80 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Teknologi, Kluster Jalan Sungai Rasa, Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar, dan Kluster Persiaran Hulu;
    • 397 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 210 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 490 kes  
    • 266 kes daripada kluster-kluster, termasuk 119 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Sri Menanti, Kluster Laman Desaru, dan Kluster Jalan Harmonium;
    • 94 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 130 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Melaka: 344 kes
    • 333 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 295 kes  
    • 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lengkok Pantai;
    • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 108 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

 

 

Related posts

Leave a Comment