Pulau Pinang ikut keluasan masjid

PULAU PINANG 8 Feb. –  Jabatan Agama Islam Pulau Pinang membenarkan solat Jumaat dan solat fardu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di masjid dan surau di negeri itu.

Menurut pekeliling yang dikeluarkan, jumlah jemaah yang dibenarkan adalah mengikut keluasan ruang solat utama masjid dan surau berkenaan.

Pelaksanaan solat jenazah bukan Covid-19 di masjid dan surau pula dengan kadar maksimum seramai 30 orang

Di samping itu, kuliah maghrib, bacaan Yasin dan tahlil setiap hari selepas solat maghrib hingga solat Isyak juga dibenarkan. Bagaimanapun penceramah dari luar Pulau Pinang tidak dibenarkan.

Khutbah Jumaat juga dihadkan 10 minit.

Mesyuarat agung pemilihan jawatankuasa juga ditangguhkan manakala akad nikah tidak dibenarkan di masjid.

(Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas)

Related posts

Leave a Comment