186 kes baharu Thailand

BANGKOK 8 Feb. – Thailand merekodkan 186 kes baharu Covid-19 dan sifar kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 23,557 sementara kematian kekal 79.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 35 kes adalah  pengesanan aktif, 141 melalui rawatan di hospital dan 10 ketibaan dari luar negara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada 35 kes pengesanan aktif itu,

31 kes dilaporkan di Samut Sakhon, termasuk enam warga Thai.

Bagi kes import pula, tujuh daripada 10 kes adalah warganegara Thai yang pulang melalui lapangan terbang Suvarnabhumi iaitu dari United Kingdom, Emiriyah Arab Bersatu, India, Malaysia, Sweden dan Turki.

Related posts

Leave a Comment