Arab Saudi rekod 310 kes

RIYADH 2 Feb. – Selepas lebih dua bulan, angka jangkitan harian Covid-19 tidak melebihi 300 kes, hari ini Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan 310 kes, trend peningkatan semula kes Kali terakhir angka 300 direkodkan pada 27 November 2020 dengan 302 dan selepas itu terus mencatatkan penurunan sehingga serendah 82 kes pada 3 Januari lalu. Angka itu kemudian naik melebihi 100 dan 200 kes. Menurut MoH, jumlah kumulatif jangkitan setakat ini 368,639 dengan 6,383 kematian termasuk empat yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Sebanyak 271 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah…

Read More

10,379 kes harian Indonesia

JAKARTA 2 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Indonesia hari ini merekodkan 10,379 menjadikan jumlah kumulatif 1.099.687 dengan kes aktif sebanyak 172,576. Jakarta merekodkan kes harian tertinggi  dengan tambahan 3.362 kes diikuti Jawa Barat 2.068, Jawa Tengah 1,116, Jawa Timur 847 dan Kalimantan Timur 443 Kes sembuh pula mencatatkan 12,848, angka tertinggi berbanding 10,974 yang dilaporkan pada 27 Januari lalu. Ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh 896,530 atau 81.5 peratus. Jakarta juga merekodkan kes sembuh tertinggi sebanyak 4,577, diikuti Jawa Barat 2.310, Jawa Tengah 1.385, Jawa Timur  888 dan Kalimantan Timur…

Read More

Darurat di Tokyo hingga 7 Mac

TOKYO 2 Feb. – Darurat dilanjutkan di Tokyo dan beberapa wilayah lain selama sebulan sehingga 7 Mac, memandangkan hospital masih berhadapan tekanan walaupun jumlah kes Covid-19 menurun. Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga berkata, darurat akan kekal di 10 wilayah termasuk Osaka, Aichi dan Fukuoka.  Bagaimanapun darurat di wilayah Tochigi akan ditamatkan pada 7 Februari berikutan situasai bertambah baik. Suga membuat pengumuman tersebut di parlimen setelah panel pakar bersetuju dengan pelanjutan itu.  “Jumlah jangkitan baharu di seluruh negara menunjukkan penurunan, tetapi kita perlu meneruskannya dan mengurangkan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital…

Read More

Menteri, mufti Singapura terima vaksin

SINGAPURA 2 Feb. – Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli hari ini menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Poliklinik Tampines. Turut sama beberapa Anggota Parlimen Melayu/Islam serta Mufti Negara Dr Naziruddin Mohd Nasir. “Saya serta rakan-rakan Anggota Parlimen Dr Maliki Osman dan Zaqy Mohamad sudahpun mendapatkan vaksin Covid-19. Begitu juga Mufti serta Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Esa Masood. “Saya difahamkan para pemimpin kanan berbilang agama lain juga divaksinasi minggu ini,” kata Masagos dalam catatan Facebooknya hari ini. Masagos yang berkongsi pengalaman menerima suntikan…

Read More

6 kluster tempat kerja, 1 komuniti

PUTRAJAYA 2 Feb. – Terdapat tujuh kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster komuniti. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 Februari 2021; Jumlah kluster : 838 kluster; Jumlah kluster baharu : 7 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 434 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Angkat, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Tapak Bina Kiara, dan Kluster Brumas); Jumlah kluster aktif : 404 kluster; Jumlah kluster dengan…

Read More

3,455 kes, 21 kematian tertinggi

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Jumlah kes harian turun ke pangkal angka 3 tetapi jumlah kematian akibat Covid-19 yang direkodkan adalah tertinggi iaitu  21 kes menjadikan jumlah kumulatif korban kini sebanyak 791 kes. Kes kematian hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, empat  di Sabah, masing-masing dua  di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu di Kedah. Sebanyak 20 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu  bukan warganegara. Kes jangkitan harian pula 3,455 yang menunjukkan penurunan berbanding 4,214 semalam dan 5,298 pada 31 Januari lalu. Ketua Pengarah Kesihatan,…

Read More

Kes di Filipina kini 528,853

MANILA 2 Feb. – Setakat pukul 4 petang hari ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 1,583 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 528,853 kes. DoH juga merekodkan 67 lagi pesakit akibat Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada 10,874 kematian atau 2.06 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama, jumlah pesakit pulih meningkat kepada 487,611 orang atau 92.2 peratus termasuk 39 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Kes aktif pula adalah 5.7 peratus atau 30,368 kes.

Read More

Singapura lapor 19 kes baharu

SINGAPURA 2 Feb. – Singapura melaporkan 19 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,584 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) kesemua kes yang dilaporkan adalah kes-kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik saja mereka tiba di sini. Tiada jangkitan tempatan dilaporkan buat tiga hari berturut-turut.

Read More

Misi bantuan Ebit Lew terhalang

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Pendakwah bebas, Ebit Lew terpaksa menangguhkan niatnya untuk meneruskan misi bantuan di Sabah kerana mendakwa beliau tidak dibenarkan menjelajah  ke pulau-pulau di Semporna bagi menyampaikan sumbangan. Malahan beliau juga mendakwa, boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika niat berkenaan diteruskan. Tanpa menyatakan siapa yang mengeluarkan arahan itu, Ebit yang memaklumkan perkara itu  di akaun Facebooknya hari ini memohon maaf pada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang diIslamkannya “Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.Pagi ini saya dimaklumkan…

Read More