MANILA 2 Feb. – Setakat pukul 4 petang hari ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 1,583 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 528,853 kes.
DoH juga merekodkan 67 lagi pesakit akibat Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada 10,874 kematian atau 2.06 peratus daripada keseluruhan kes.
Pada masa yang sama, jumlah pesakit pulih meningkat kepada 487,611 orang atau 92.2 peratus termasuk 39 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini.
Kes aktif pula adalah 5.7 peratus atau 30,368 kes.
