Arab Saudi rekod 310 kes

RIYADH 2 Feb. – Selepas lebih dua bulan, angka jangkitan harian Covid-19 tidak melebihi 300 kes, hari ini Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan 310 kes, trend peningkatan semula kes

Kali terakhir angka 300 direkodkan pada 27 November 2020 dengan 302 dan selepas itu terus mencatatkan penurunan sehingga serendah 82 kes pada 3 Januari lalu. Angka itu kemudian naik melebihi 100 dan 200 kes.

Menurut MoH, jumlah kumulatif jangkitan setakat ini 368,639 dengan 6,383 kematian termasuk empat yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas.

Sebanyak 271 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 360,110 kes manakala kes aktif 2,148 dengan 375 kritikal.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 131, wilayah Timur 61 dan Makkah 38.

Related posts

Leave a Comment