Darurat di Tokyo hingga 7 Mac

TOKYO 2 Feb. – Darurat dilanjutkan di Tokyo dan beberapa wilayah lain selama sebulan sehingga 7 Mac, memandangkan hospital masih berhadapan tekanan walaupun jumlah kes Covid-19 menurun.

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga berkata, darurat akan kekal di 10 wilayah termasuk Osaka, Aichi dan Fukuoka. 

Bagaimanapun darurat di wilayah Tochigi akan ditamatkan pada 7 Februari berikutan situasai bertambah baik.

Suga membuat pengumuman tersebut di parlimen setelah panel pakar bersetuju dengan pelanjutan itu. 

“Jumlah jangkitan baharu di seluruh negara menunjukkan penurunan, tetapi kita perlu meneruskannya dan mengurangkan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital atau dalam keadaan serius,” katanya.

Walaupun langkah-langkah pencegahan lebih ringan berbanding darurat sebelum ini, ketika sekolah dan beberapa perniagaan ditutup sementara di seluruh negara, sekurang-kurangnya ia berjaya menurunkan jumlah jangkitan.

Tokyo melaporkan 393 kes Covid-19 pada Isnin, angka terendah dalam tempoh lebih sebulan dan turun daripada jumlah tertinggi 2,447, semasa darurat diisytiharkan pada 7 Januari.

Hari ini Selasa, Tokyo melaporkan 556 kes baharu Covid-19.

Related posts

Leave a Comment