PUTRAJAYA 2 Feb. – Terdapat tujuh kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster komuniti.
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 2 Februari 2021;
- Jumlah kluster : 838 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 434 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Angkat, Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih, Kluster Tapak Bina Kiara, dan Kluster Brumas);
- Jumlah kluster aktif : 404 kluster;
- Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 70 kluster; dan
- Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Cheras (332 kes), Kluster Jalan Ragum (210 kes), dan Kluster Jalan Seroja (204 kes).