Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

BEKAS ratu skuasy negara Nicol David dipilih sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia dengan meraih undi majoriti dalam undian dalam talian yang ditutup pada jam 9 malam tadi, 31 Januari. Sebagai calon tunggal Asia, juara dunia sebanyak lapan kali itu unggul sebagai pendahulu sejak hari pertama undian dibuka pada 8 Januari lalu apabila menerima 318, 943 undi, kelebihan 200,000 undi daripada pencabar terdekat. Menurut laman sesawang rasmi Sukan Dunia, https://www.theworldgames.org., bekas pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun berturut-turut itu mengatasi 23 atlet lain yang mewakili sukan…

Read More

256 kes, 4 kematian di Arab Saudi

RIYADH 1 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus mencatatkan lebih 250 kes selepas dalam tempoh 24 jam merekodkan 255 kes, turun enam kes berbanding 261 yang direkodkan semalam. Ini merupakan hari kelima berturut-turut, jumlah kes harian melepasi 250 kes setelah jangkitan pernah merekodkan angka serendah 82 kes pada Januari lalu. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif jangkitan setakat ini meningkat kepada 368,329 kes dengan kes aktif pula sebanyak 2,111 di mana 371 dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun jumlah kematian dalam tempoh lebih seminggu lalu terus mencatatkan angka di…

Read More

10,994 kes harian, 279 kematian

JAKARTA 1 Feb. – Indonesia terus merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 10,994 lagi kes baharu menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,089,308 kes. Setakat pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 175,349 kes aktif dilaporkan, peningkatan 254 kes berbanding sebelumnya. Jumlah kematian pula meningkat kepada 30,277 kes selepas 279 lagi pesakit disahkan meninggal dunia. Sementara itu jumlah pesakit yang sembuh turut menunjukkan peningkatan dalam tempoh 24 jam dengan 10,461 orang dilaporkan pulih menjadikan kumullatif pulih 883,682 orang.

Read More

836 kes baharu di Thailand

BANGKOK 1 Feb. – Thailand mencatatkan 836 kes baharu Covid-19 dengan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini 19,618 dengan 77 kematian. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) merekodkan, 793 adalah jangkitan tempatan di mana 782 di Samut Sakhon, enam di Maha Sarakham dan lima di Bangkok manakala 39 merupakan individu yang mendapatkan rawatan di hospital. Empat lagi adalah kes import termasuk dua rakyat Thailand yang kembali dari Malaysia. Sebanyak 899 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif 12,514 manakala 7,027 masih mendapatkan rawatan,…

Read More

Singapura kekal dengan kes import

SINGAPURA 1 Feb. – Singapura melaporkan 29 kes baharu Covid-19 hari ini, sama seperti direkodkan semalam menjadikan jumlah kes 59,565. Menurut Kementerian Kesihatan, semua kes import itu telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik saja mereka tiba di sini. Tiada kes baharu dicatatkan dalam kalangan masyarakat setempat. Daripada kes-kes baharu yang dilaporkan itu, 26 kes tidak bergejala, manakala tiga yang lain menunjukkan simptom jangkitan. Dua daripada kes-kes import itu melibatkan rakyat Singapura dan tiga adalah Penduduk Tetap (PR) yang pulang dari India dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Tiga…

Read More

1,658 kes baharu di Filipina

MANILA 1 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang ini mencatatkan 1,658 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 527,272. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 58 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada 10,807 kematian. Sementara itu jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 487,574 orang termasuk 27 kes pulih yang dilaporkan hari ini sementara kes aktif pula 28,891.

Read More

14 kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 1 Feb. – Terdapat 14 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini, yang melibatkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi, dan dua kluster komuniti. Kluster berkenaan terdapat di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Sabah, Perak, Negeri Sembilan dan asarawak. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 1 Februari 2021; Jumlah kluster : 831 kluster; Jumlah kluster baharu : 14 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 430 kluster (termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tembok, Kluster GK Tawau, Kluster…

Read More

SELANGOR  melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,362 kes (32.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 967 kes (71.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 1,068 kes (25.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 702 kes (16.7 peratus).

Read More

4,214 kes baharu, 10 kematian

PUTRAJAYA 1 Feb. – Masih kekal empat angka tetapi bukan bermula dengan angka 5 seperti semalam (5,298) sebaliknya Malaysia merekodkan 4,214 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 219,713 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak sembilan kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan kes tempatan. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 48,074 kes. Sebanyak 115 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan…

Read More

Fasa pertama vaksin tiba 26 Feb.

KUALA TERENGGANU 1 Feb. – Malaysia dijangka menerima bekalan fasa pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada 26 Februari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, vaksin berkenaan akan diagihkan sebaik tiba di pintu masuk negara kepada semua negeri secara berperingkat sebelum disuntik kepada penerima. “Kita akan lihat pengagihan dari segi vaksin tersebut, jadi sampai ke pintu masuk antarabangsa lepas tu kita akan agihkan mungkin dalam tempoh seminggu dua,” jelasnya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman,…

Read More