836 kes baharu di Thailand

BANGKOK 1 Feb. – Thailand mencatatkan 836 kes baharu Covid-19 dengan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu setakat ini 19,618 dengan 77 kematian.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) merekodkan, 793 adalah jangkitan tempatan di mana 782 di Samut Sakhon, enam di Maha Sarakham dan lima di Bangkok manakala 39 merupakan individu yang mendapatkan rawatan di hospital.

Empat lagi adalah kes import termasuk dua rakyat Thailand yang kembali dari Malaysia.

Sebanyak 899 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif 12,514 manakala 7,027 masih mendapatkan rawatan,

Sementara itu pengesanan kes aktif di kilang, asrama pekerja, pasar dan komuniti di Samut Sakhon, yang merupakan pusat penularan terkini pandemik itu di Thailand, akan diteruskan.

Related posts

Leave a Comment