256 kes, 4 kematian di Arab Saudi

RIYADH 1 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus mencatatkan lebih 250 kes selepas dalam tempoh 24 jam merekodkan 255 kes, turun enam kes berbanding 261 yang direkodkan semalam.

Ini merupakan hari kelima berturut-turut, jumlah kes harian melepasi 250 kes setelah jangkitan pernah merekodkan angka serendah 82 kes pada Januari lalu.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif jangkitan setakat ini meningkat kepada 368,329 kes dengan kes aktif pula sebanyak 2,111 di mana 371 dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun jumlah kematian dalam tempoh lebih seminggu lalu terus mencatatkan angka di bawah lima kes di mana empat kematian direkodkan hari ini berbanding tiga kes semalam. Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian 6,379.

Sebanyak 266 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada peningkatan kumulatif pulih sebanyak 359,839.

Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 99 diikuti wilayah Timur 58 dan Makkah 46.

Related posts

Leave a Comment