Fasa pertama vaksin tiba 26 Feb.

KUALA TERENGGANU 1 Feb. – Malaysia dijangka menerima bekalan fasa pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada 26 Februari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, vaksin berkenaan akan diagihkan sebaik tiba di pintu masuk negara kepada semua negeri secara berperingkat sebelum disuntik kepada penerima.

“Kita akan lihat pengagihan dari segi vaksin tersebut, jadi sampai ke pintu masuk antarabangsa lepas tu kita akan agihkan mungkin dalam tempoh seminggu dua,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata pihaknya telah menerima lebih 3,000 permohonan untuk menjadi sukarelawan dalam kajian klinikal fasa tiga vaksin Covid-19.

Sambutan menggalakkan itu menyebabkan KKM terpaksa membuat pemilihan dan tapisan peserta berdasarkan kelayakan tertentu.

Pada 24 November lepas, Malaysia mengumumkan akan mendapatkan bekalan awal sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini yang akan diberi secara percuma.

Related posts

Leave a Comment