10,994 kes harian, 279 kematian

JAKARTA 1 Feb. – Indonesia terus merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 10,994 lagi kes baharu menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,089,308 kes.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 175,349 kes aktif dilaporkan, peningkatan 254 kes berbanding sebelumnya.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 30,277 kes selepas 279 lagi pesakit disahkan meninggal dunia.

Sementara itu jumlah pesakit yang sembuh turut menunjukkan peningkatan dalam tempoh 24 jam dengan 10,461 orang dilaporkan pulih menjadikan kumullatif pulih 883,682 orang.

Related posts

Leave a Comment