MANILA 1 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang ini mencatatkan 1,658 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 527,272.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 58 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada 10,807 kematian.
Sementara itu jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 487,574 orang termasuk 27 kes pulih yang dilaporkan hari ini sementara kes aktif pula 28,891.